Bab 6 : Kemahiran Memproses Maklumat & Penyediaan Bahan Bertulis
· Kemahiran memproses maklumat merupakan keupayaan dan kebolehan pelajar untuk menganalisis dan mentafsir bahan yang dibaca dan diidengari.
· Tujuan : Bahan berkenaan boleh digunakan untuk menghasilkan penulisan yang diperlukan mengikut kehendak tugasan soalan kerja kursus.
6.1 MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
6.1.1 MAKLUMAT BERBENTUK KUANTITATIF
Maklumat dalam bentuk nombor yang dapat dianalisis melalui pelbagai kaedah iaitu :
· Jadual
Lengkung
Graf bar
Carta pai
Piktograf
6.2 MENTAFSIR MAKLUMAT DAN MEMBUAT KESIMPULAN
6.2.1 MENTAFSIR MAKLUMAT
· 2 cara untuk membuat tafsiran ke atas bahan/maklumat iaitu maklumat dalam bentuk teks, gambar, lakaran, foto, grafik dan sebagainya.
· Mentafsir teks adalah memberikan penerangan tentang pola/perhubungan berdasarkan maklumat yang dibaca/dikumpul atau memperihal secara bermakna maklumat yang tersurat dan mencari maksud yang tersirat.
· Mentafsir foto, gambar, grafik atau lakaran ialah mencatatkan ciri-ciri yang diperlukan menggunakan senarai semak yang disediakan.
Lakaran
Foto
Gambar rajah
6.2.2 MEMBUAT KESIMPULAN
· Kesimpulan adalah gagasan yang dicapai pada penghujung perbincangan.
· Kesimpulan yang dibuat ke atas data dan teks didapati bahawa kesimpulan yang dibuat ke atas data lebih mudah kerana hasil analisis data biasanya lebih tepat kerana mengikut kiraan yang telah dilakukan.
· Kesimpulan yang dibuat ke atas maklumat dalam bentuk teks didapati lebih sukar kerana tafsiran mengikut kehendak dan keperluan pentafsir serta dipengaruhi nilai dan kefahamannya.
6.3 MENILAI MAKLUMAT
2 Perkara penting menilai maklumat :
i. menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan
· Penilaian dilakukan berasaskan beberapa kriteria dan standard-standard untuk menilai sejauh mana sesuatu perkara/maklumat itu tepat, berkesan, ekonomi atau memuaskan. Faktor-faktor berkenaan adalah seperti berikut :
1. Autoriti - Kesahan dan kebolehpercayaan maklumat yang diperoleh
2. Ketepatan - Maklumat yang tepat dapat memberikan maklumat yang berguna dan manfaat kepada pembaca
3. Saksama - Bersifat adil, neutral, dan tidak berat sebelah, ia memenuhi objektif pembaca.
4. Nilai semasa - Maklumat yang terkini.
5. Lengkap dan jelas - Memberikan gambaran jelas dan lengkap mengenai sesuatu isu
ii. menilai maklumat dalam penulisan.
· Membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan alasan-alasan yang mantap.
Mensintesis merupakan aktiviti yang sukar dilakukan kerana ia memerlukan pembaca
6.4 MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS
6.4 MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS
· mempunyai aras kognitif yang tinggi dan melibatkan pemikiran kritis aras tinggi.
· Proses mensintesis adalah peringkat menggabungkan/mencatumkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan suatu idea baharu secara menyeluruh.
· Sintesis adalah menggabungkan idea, mengubahkan semula idea dan menyatukan idea
Bab 8 : Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS)
8.1. Definisi
- Sistem Pengurusan Pembelajaran adalah istilah yang digunakan dengan meluas untuk lingkungan si astem -sistem yang menyediakan capalan kepada perkhidmatan pembelajaran secara atas talian untuk para guru,pentadbiran dan sistem.
- Merupakan satu aplikasi perisian yang dibina bertujuan khusus untuk menyelenggara bahagian pentadbiran ,pendokumentasian,pengenalpastian,penghantaran laporan dan penghantaran maklumat secara elektronik yang menggunakan inovasi teknologi utuk tujuan pembelajaran
- Dapat merekod dengan tepat dan menyediakan simpanan data yang luas untuk setiap perkara yang direkodkan dan disimpan di dalam perisian ini
- Kebanyakan institusi pengajian tinggi telah berinovasi dengan menggunakan pendekatan pengajaran menggunakan perisian LMS yang dapat membantu para pelajar untuk berada di dalam sesi pembelajarannya walau di mana sahaja dan tidak mengira masa.
8.2 Ciri -Ciri
- Ciri - ciri utama LMS adalah:
➤Meletakkan bahan kursus di atas talian
i. Kebanyakan LMS menyediakan butang yang telah diprogramkan untuk sukatan atau kandungan kursus ,jadual kursus dan bahan kursus yang dikaitkan dengan pelajaran yang khusus seperti salinan bacaan dan "PowerPoint slides" daipada kuliah
ii.Mengesan kemajuan pelajar melalui ciri-ciri penilaian
iii.Membolehkan tenaga pelajar memberi kuiz dan ujian di atas talian dan buku gred di atas talian serta meletakkan gred pelajar
➤Papan diskusi (Discussion board)
i. Tenaga pengajar dan pelajar boleh berdiskusi mengenai pembacaan dan menyambung diskusi kuliah di antara sesi kuliah yang formal
➤Alat komunikasi lain (Other communications tools )
i.Membolehkan tenaga pengajar menghantar pengumuman ke kelas dan berhubung dengan pelajar secara individu .Lock box for students di mana pelajar boleh menyimpan bahan kelas di tempat yang selamat sama ada persembahan yang akan diadakan di kelas kemudian atau membuat salinan kedua untuk tugasan kelas di tempat yang selamat
2.Ciri - ciri yang lain LMS adalah :
➧Mudah
- Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran
- Mengembangkan potensi seseorang itu melalui proses pembelajaran berterusan yang dapat memotivasikan dan membolehkan seseorang individu itu menguasai ilmu
- Berupaya menangani pelbagai masalah dan cabaran hidup dengan yakin serta kreatif
- Mampu mengumpulkan dan mengurus maklumat secara kendiri
- Kebolehan untuk menyatakan dan mendefinisikan sesuatu maklumat
➧Kreatif
8.3 Kegunaan - Mampu merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran
- Kebolehan untuk mencari cara-cara baru untuk berkomunikasi ,mempersembah dan menggunakan maklumat
- Kebolehan untuk memperkatakan tentang sesuatu produk pembelajaran dengan mengiktirafkan harta intelek.
➧Peka
- Bersikap positif dan percaya pada kebolehan yang ada pada diri sendiri ketika diberi kerja
- Tidak menangguh-nangguh kerja yang diberikan
- Ikhlas dan jujur dalam menyelesaikan sesuatu tuntutan kerja
- Bersifat terbuka sekiranya diberikan tugasan atau kerja yang baru
- Melakukan sesuatu kerja dengan sebaik mungkin
➧Sentiasa melakukan penambahbaikan
- Mampu meneroka isu / masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara sendiri
- Melakukan pembelajaran maya yang berkonsep formal dan tidak formal berasaskan pembelajaran kendiri menggunakan alat multimedia dan sumber dalam talian
- Memperluas pengalaman hidup supaya individu itu berupaya menangani pelbagai cabaran hidup dengan yakin serta kreatif
- Memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran lebih teratur
- Memasang dan menyampaikan inti pembelajaran dengan lebih cepat dan tepat
- Dapat menggabungkan kesemua maklumat latihan ke dalam satu sistem
- Meningkatkan kebolehan dalam pembelajaran
- Memudahkan e-pembelajaran dengan platform pembelajaran secara online
- Menyediakan satu portal yang berjenama untuk penghantaran e-pembelajaran
- Menggabungkan kesemua maklumat latihan ke dalam satu sistem
- Menyemak semula dan melaporkan tentang status program -program latihan di dalam sesebuah organisasi
- Dapat mengurangkan kos latihan melalui pelbagai cara seperti membolehkan penjimatan kos e-pembelajaran serta menyelaraskan pentadbiran program latihan di setiap organisasi
- Meningkatkan pematuhan dengan keperluan kawal selia
- Membolehkan pelajar dan pensyarah berbincang dengan mudah untuk mengakses bahan pembelajaran
8.4 Kepentingan
➥Menjalankan tugas dengan cekap
➥Meningkatkan semangat untuk bekerja dan belajar
➥Tidak lagi diganggu oleh masalah pengurusan
➥Maklumat pendidikan ,tumpuan lebih boleh diberikan kepada hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran pembelajaran
➥Perkongsian maklumat dalam sesebuah komputer yang lebih besar
➥Satu sistem yang sistematik untuk menyelenggarakan sesuatu program
➥Maklumat yang dikemaskinikan dan konsisten kerana maklumat yang digunakannya berasal dari sumber yang sama
➥Maklumat dapat disunting dan dikeluarkan dengan cara yang muda
➥Boleh digunakan berkali -kali sepanjang masa
➥Penjimatan masa kerana maklumat yang diperlukan boleh diperolehi dengan cepat dan tidak perlu ditaip semula
➥Meningkatkan kecekapan organisasi
Penyimpanan data dengan lebih selamat